Sekuel Atelier Ryza diumumkan, akan tiba pada penghujung tahun ini

Koei Tecmo telah mengumumkan permainan video Japanese role-playing game (JRPG) Atelier Ryza 2: Lost Legends & the Secret Fairy. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Nintendo Switch pada penghujung tahun ini.

Judul ini merupakan sekuel kepada Atelier Ryza: Ever Darkness & the Secret Hideout yang dilancarkan di platform yang sama pada tahun lepas. Ini merupakan kali pertama judul siri Atelier di mana ia menampilkan watak utama yang sama.

Pada waktu ini, hanya trailer Bahasa Jepun telah dimuat naik di laman YouTube rasmi Nintendo Japan. Jangan risau, sebuah “Special Movie” Bahasa Inggeris akan disiarkan di laman YouTube rasmi Koei Tecmo America pada 29 Julai.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+