Selangor Cyber Games Kini Kembali – PUBG Mobile, Tekken 7, FIFA 20 Dan Dota 2 – Tiada Mobile Legends

Kejohanan tahunan Selangor Cyber Games 2019 kini kembali! bertempat di CENTRAL i-CITY, Shah Alam pada 26 dan 27 Oktober ini.

Permainan mudah alih PUBG Mobile dipertandingkan bersama Dota 2, FIFA 20 dan Tekken 7 dengan hadiah wang tunai terkumpul RM215,000! Namun, kali ini permainan kegemaran ramai, Mobile Legends tidak disertakan.

Ini adalah pecahan prizepool mengikut permainan e-sukan yang dipertandingkan:

Dota 2 – RM30,000 (128 pasukan bermain online dan 8 pasukan layak ke peringkat akhir selepas tamat kelayakan)

PUBG Mobile – RM100,000 (512 pasukan bermain online dan 6 pasukan jemputan + 10 pasukan yang ditapis daripada kelayakan akan bertembung di peringkat akhir)

FIFA 20 – RM55,000 (512 pemain)

Tekken 7 – RM30,000 (128 pemain)

Ini adalah kali keenam kejohanan seumpama ini diadakan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor, Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez.

Acara ini juga mendapat sokongan daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Persatuan Esports Selangor (ESS) dan Tencent.

Bagi anda yang ingin menyertai, boleh mendaftar di www.selangorcybergames.net.

Walaupun tiada Mobile Legends, permainan e-sukan yang sudah lama bertapak seperti Dota 2 dan FIFA masih dikekalkan. Ia boleh dilihat sebagai suatu langkah yang patut dipuji kerana masih memberi ruang kepada pemain e-sukan negara bertanding dalam permainan di platform PC dan konsol.

RELATED NEWS

+