Sertai Kejohanan Komuniti Maggi Hot Cup #DudukRumah – 20,000 Diamonds & RM1,500 Tunai

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu lagi sepeti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Sehubungan dengan itu, ESL Malaysia dengan kerjasama Maggi Malaysia mengumumkan penganjuran Piala Komuniti #DudukRumah sebagai salah satu inisiatif menggalakkan pemain untuk berada di rumah sepanjang tempoh wabak COVID-19 ini.

Ia merangkumi tiga kejohanan dalam talian (online) yang akan berlangsung pada 29 Mac, 5 April dan 12 April 2020. Pemain Mobile Legends berpeluang bersaing untuk merebut hadiah terkumpul 20,000 Diamonds dan RM1,500 tunai.

Pendaftaran untuk ketiga-tiga kejohanan boleh dibuat di SINI.

Selain itu, setiap pemain daripada 50 pasukan terawal yang mendaftar bagi mana-mana tiga pertandingan ini layak menerima baucar elektronik Shopee bernilai RM25.

Bagi perkembangan lanjut, ikuti ESL Malaysia di Facebook dan jangan lupa gunakan tanda pagar #stayathome dan #DudukRumah untuk membantu tingkatkan kesedaran terhadap wabak COVID-19.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+