Sertai OPPO Chicken Dinner Showdown pada 28 Jun untuk memenangi OPPO Enco W31

OPPO Malaysia akan mengadakan sebuah perlawanan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile “OPPO Fan Wars” yang bertajuk OPPO Chicken Dinner Showdown pada 28 Jun ini pada waktu 8PM.

Perlawanan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Para peserta berpeluang untuk berlawan dengan pasukan yang diketuai oleh streamer terkenal Miss Rose. Ada ruangan untuk 19 pasukan peminat menyertai perlawanan ini.

Pemain yang berjaya menewaskan ahli pasukan Miss Rose akan memenangi fon telinga nirwayar OPPO Enco W31 (baca review kami di sini). Ini bermaksud ada empat unit fon telinga tersebut untuk dimenangi.

Untuk menyertai perlawanan ini, anda perlu:

  1. Like laman rasmi Facebook OPPO Malaysia.
  2. Share post di atas dengan tanda pagar #OPPOFanWarsMatch #OPPOxPUBG dan nyatakan kenapa anda mahu menyertai perlawanan ini.
  3. Pastikan akaun Facebook ditetapkan pada tetapan “public”.
  4. Daftarkan pasukan anda di https://espl.gg/tournament/806179.

Jika anda suka bermain PUBG Mobile dan mahu memenangi OPPO Enco W31 atau merupakan peminat Miss Rose, pastikan anda sertai perlawanan menarik ini!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+