Sertai Tinjauan Capcom Untuk Tentukan Masa Depan Resident Evil

Baru-baru ini Resident Evil 3 Remake (RE3) telah dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Ia mendapat banyak pujian tetapi juga dikritik kerana tempoh permainan yang pendek dan kandungan yang mengecewakan berbading Resident Evil 2 Remake (RE2).

Capcom kini mengadakan sebuah tinjauan untuk mendapatkan maklum balas mengenai RE3. Tinjauan ini dibuat khas untuk pasaran Asia dan sesiapa sahaja yang meminati permainan video Resident Evil boleh menyertainya, tidak kira anda membeli RE3 atau tidak.

Tinjauan ini boleh dilakukan sekarang dan akan berakhir pada 31 Mei 2020.

Dalam tinjauan tersebut, Capcom turut bertanya soalan-soalan yang mampu mempengaruhi masa depan Resident Evil. Mereka bertanya sama ada anda akan berminat terhadap judul Remake baharu seperti RE2 dan RE3. Mereka juga bertanya sama ada anda akan berminat untuk membeli judul baharu Resident Evil jika ia sekuel baharu dan bukan sekadar sebuah remake.

Jika terdapat banyak maklum balas yang menunjukkan para peminat Resident Evil lebih meminati sekuel baharu berbanding remake baharu, kemungkinan Capcom akan berhenti memberi fokus terhadap membangunkan judul berunsurkan remake.

Sumber: Polygon

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+