Server beta terbuka League of Legends: Wild Rift di Amerika akan dipisahkan dari Asia dan Eropah

Penantian bagi pemain dari rantau Amerika Utara dan Selatan kini berakhir apabila beta terbuka League of Legends: Wild Rift akan dilancarkan di sana tak lama lagi.

Ini bermakna pelayan (server) bagi kedua rantau ini dipisahkan daripada Asia dan Eropah. Segala matchmaking, menambah kenalan dan sebagainya tidak boleh dilakukan.

Pemain dari rantau ini juga mempunyai peluang untuk mendapatkan lebih banyak Blue Motes, Champions dan kandungan dari acara terdahulu di pelayan Asia dan Eropah.

Pengguna VPN juga digalakkan untuk menukar lokasi mereka kepada asal dan menutup VPN ketika pertama kali log masuk akaun. Bagi pemain Malaysia yang berhijrah ke Amerika Syarikat misalnya, anda tetap akan bermain di bawah pelayan Asia dan bertemu dengan pemain lain di Asia kerana regional lock.

Bagi pengguna VPN yang sudah membuat akaun di pelayan Asia dan Eropah, mereka boleh menukar pelayan dan akan menerima pemulangan Blue Motes kembali tapi segala kemajuan akaun akan dipadamkan.

RELATED NEWS

+