SimFai Motorsport Adalah Wakil Negara Untuk Ke Kejohanan Simulasi Kereta Di Jerman

Pernah terfikir kejohanan e-sukan yang berasaskan lumba kereta? Sebenarnya kita dah pun ada wakil Malaysia untuk sertai kejohanan itu!

Diberi nama  Nürburgring eSports – Team Endurance Championship, 3 orang wakil Malaysia iaitu Mohd Taufiq Mohyin, Ayman Aqeem Abas dan Amir Haziq Amiruddin dah pun bersedia untuk berentap pada 11 Mei ini di Litar Nürburgring, Jerman.

Mereka yang bermain di bawah nama SimFai Motorsport akan berentap dalam kejohanan simulasi kereta ini selama 4 jam berdepan 72 pelumba lain dari serata dunia.

Kejohanan simracing dan motorsport ini dianjurkan oleh RaceRoom dengan kerjasama Nürburgring. Pemain akan ditempatkan dalam lokasi yang khusus untuk e-sukan jenis simulasi dengan kelengkapan simulator yang canggih. Bagi penonton pula, mereka akan ditempatkan dalam ring°arena yang mana mereka boleh saksikan pemain kegemaran mereka beraksi.

Satu-satunya wakil dari Malaysia dan Asia yang layak ke kejohanan ini

Buat masa ini, belum ada maklumat lanjut mengenai hadiah wang tunai terkumpul dipertandingkan. Info lanjut untuk acara ini boleh didapati di SINI.

RELATED NEWS

+