Simulacra 2 – Game Mobile Seram Buatan Malaysia Akan Dilancarkan Pada 12 Disember 2019

Kaigan Games mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk siri game seram, Simulacra 2.

Saksikan trailer terbaru Simulacra 2 yang mana pemain perlu merungkai misteri kematian seorang pengaruh sosial media (social media influencer) bernama Maya Crane di bawah:

Game bertemakan ‘found phone’ ini merupakan sebuah sekuel kepada Simulacra yang dibangunkan oleh anak Malaysia. Simulacra yang pertama dilancarkan pada tahun 2017 dan sebuah olahan game (spin-off), Simulacra: Pipe Dreams dikeluarkan pada 2018.

Berbeza dengan Simulacra pertama dan Simulacra: Pipe Dreams, Simulacra 2 akan mengetengahkan cerita lain daripada yang lain. Dalam game ini, korang akan diberi sebuah telefon pintar milik pengaruh sosial media telah meninggal dunia tanpa tahu punca sebenar yang mana menyebabkan Detektif Murillo merasakan ada yang tidak kena dengan kematian misterinya.

Seperti biasa, korang perlulah mengali bukti-bukti berdasarkan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar mangsa seperti panggilan telefon, video dan interaksi sosial media untuk mengenal pasti suspek yang bertanggungjawab atas kematian Maya.

Baca lagi: This UI Artist Created the In-Game Apps You Love in SIMULACRA

Sempena pelancaran Simulacra 2 yang akan tiba tidak lama lagi, Kaigan Games juga lancarkan album rasmi yang mempunyai lagu didendangkan oleh bakat-bakat artis tempatan. Korang boleh dengar album penuh menerusi platform Spotify dan Apple Music.

Simulacra 2 bakal hadir di iOS (App Store), Android (Google Play Store) dan PC (Steam) pada 12 Disember 2019.

Kalau korang mahu mengikuti perkembangan Simulacra 2, korang boleh ikuti Facebook dan Twitter rasmi mereka. Siapa yang tak sabar untuk main Simulacra 2? Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

RELATED NEWS

+