Siri Dark Souls mencecah 27 juta unit jualan

Siri Dark Souls bermula pada tahun 2011 dengan pelancaran judul pertamanya iaitu Dark Souls dan judul terakhirnya Dark Souls: Remastered dilancarkan pada tahun 2018.

Penerbit siri Dark Souls, Bandai Namco, telah mengumumkan bahawa jualan terkumpul siri Dark Souls telah mencecah lebih daripada 27 juta unit. Dark Souls III sahaja mencatat 10 juta unit dijual. 

Pada waktu ini, FromSoftware (pembangun siri Dark Souls) sedang membangun judul terbaru mereka iaitu Elden Ring. Malangnya, permainan Elden Ring masih belum dipertunjukkan. Kemungkinan besar butiran baharu mengenai judul tersebut akan didedahkan tidak lama lagi.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+