Siri Legasi: Menemui anda pada 16 September ini!

Hi Summoner semua,

Baru-baru ini kami telah membuka pendaftaran untuk Siri Legasi, kejohanan terbuka amatur “League of Legends” yang direka khas buat pemain baru yang berminat untuk betanding diperingkat kejohanan. Terdapat pelbagai cara untuk bermain, tetapi dengan bermain secara berkumpulan pasti lebih menyeronokkan disamping memenangi hadiah wang tunai. Anda telah bersedia menubuhkan kumpulan? Klik disini

 

Apa itu Siri Legasi?

Garena Malaysia sebelum ini pernah menganjurkan pertandingan seperti “Weekend Cup”, “Syndicated Cup”, “Midnight Cup” dan “Sendiri Cup” yang memberi impak didalam semangat bertanding dikalangan pemain-pemain dan ini memberi semangat untuk pemain menyelesaikan pertandingan sebagai satu pasukan. Siri Legasi ini bertujuan untuk memberi semangat yang sama akan tetapi pada masa yang sama akan membetulkan masalah yang dihadapi oleh semua pemain kejohanan yang lepas; semangat daya saing untuk jangka masa panjang.

 

Bagaimana Siri Legasi ini boleh mengisi kekurangan?

Berikutan penjenamaan semula “League of Legends Championship (LCM), liga professional Malaysia akan menyediakan 2 slot “wildcard” untuk 2 pasukan teratas – Juara dan Naik Juara. Siri Legasi ini menawarkan “prize pool” RM35,000.00 untuk peringkat amatur yang memberi peluang kepada para pemain untuk mendapatkan bukan sekadar ganjaran dalam permainan. Semakin banyak anda menang,, semakin banyak keuntungan buat pasukan anda.

 

Apakah sekatan, jika ada?

Siri Legasi adalah kejohanan terbuka yang menyediakan laluan yang baik ke peringkat profesional melalu 2 slot “wildcard”.

Sebagai Kejohanan Terbuka: Semua pemain Malaysia dibenarkan mendaftar pasukan 5-7 orang pemain mengikut kelayakan negeri mereka. Setiap pasukan tidak dibenarkan menyertai pasukan negeri lain melainkan telah memenuhi syarat penuh 60%. Sebagai contoh, jika pasukan anda terdiri daripada 3 pemain dari negeri Johor dan 2 pemain dari negeri Kelantan, maka pasukan anda hanya dibenarkan mendaftarkan diri untuk kelayakan Johor. Bagi bukan warganegara, anda wajib membuktikan status menetap di negeri tersebut. Manakala bagi bukan warganegara yang menuntut di Malaysia, sila buktikan pas pelajar anda.

Sebagai laluan ke Profesional: Kumpulan di tangga ke-8 keatas dan pemainnya dari pecahan terdahulu tidak dibenarkan menyertai Siri Legasi kerana mereka masih berada di bawah kontrak pemain sehingga bulan November 2017.

Bagaimana untuk mendaftar?

Siri kelayakan ini akan bermula di seluruh negara. Bertindak segera dan daftar pasukan anda di negeri masing-masing mulai 15 September 2017!

Untuk mendaftar sila klik disini

MULAKAN LEGASI ANDA!

 

Sumber: Garena Malaysia

TAGS

RELATED NEWS

+