Sonic the Hedgehog Berjaya Raih RM459 Juta Pada Hujung Minggu Pertama

Baru-baru ini, Paramount Pictures melancarkan filem Sonic the Hedgehog dan nampaknya ia akan menjadi salah satu filem permainan video yang sangat berjaya.

Filem tersebut kini bertakhta sebagai filem permainan video yang mempunyai jualan hujung minggu pelancaran (opening weekend) terbaik dalam sejarah.

Dalam Amerika Syarikat sahaja, Sonic the Hedgehog berjaya mengaut AS$68 juta (RM281 juta) dan di luar negara pula ia mendapat AS$43 juta (RM177 juta) pada hujung minggu pertama di panggung wayang.

Jumlah keselurahannya mencecah AS$111 juta (RM459 juta). Maksudnya keuntungan filem ini telah melangkaui bajet pembikinannya yang dianggarkan mencecah AS$95 juta (RM392 juta).

Kemungkinan besar salah satu sebab mengapa Sonic the Hedgehog berjaya di mana banyak filem permainan video gagal ialah kerana ia dipromosikan sebagai filem untuk kanak-kanan dan bukan sahaja peminat permainan video dewasa.

Sumber: Box Office Mojo

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+