Sony berkemungkinan akan bawa lebih banyak permainan video mereka ke PC

Sony Interactive Entertainment nampaknya bersedia untuk meneroka idea yang mana mereka ingin membawakan lebih banyak permainan PlayStation ke PC.

Dalam satu laporan korporat 2020 yang dikeluarkan, Sony ingin mensasarkan keuntungan melalui platform PlayStation. Ini termasuklah untuk menaik taraf servis dan meningkatkan bilangan pengguna aktif serta playtime mereka.

Walaubagaimanapun, Sony juga tahu yang pengguna PC akan tetap berada di platform itu dan mereka akan menghadapi saingan dari permainan dalam talian di PC namun matlamat jangka panjang adalah membawakan PlayStation ‘kepada’ mereka.

“Kami ingin bawakan permainan eksklusif ke PC untuk memaksimakan pertumbuhan bagi keuntungan syarikat kami,” tulis Sony.

Port PC untuk Horizon Zero Dawn dilancarkan awal bulan ini adalah sebahagian dari matlamat ini dan Death Stranding juga adalah salah satu permainan eksklusif PlayStation dibawa ke PC pada Jun.

Kedua judul itu dipuji dan mendapat perhatian peminat jadi tidak hairanlah apabila ia dilancarkan di PC.

Judul lain yang masih eksklusif di platform konsol itu adalah Bloodborne, God of War, The Last of Us, Uncharted dan Ratchet & Clank. 

Sumber rujukan: Siliconera

RELATED NEWS

+