Sony Jepun Mempromosikan Detroit: Become Human Dengan Penghasilan Filem Pendek

Sempena keluaran Detroit: Become Human yang akan menjengah pasaran pada 25 Mei ini, Sony Jepun membuat promosi agak hebat dengan memuat naik filem pendek yang berkait dengan permainan video itu.

Tapi dalam filem pendek yang diberi nama Tokyo: Become Human ini, ia tak mengambil tempat di Amerika Syarikat tapi berlaku di Tokyo. Ia memfokuskan kepada dilema yang dihadapi dan pertelingkahan antara Android dan manusia.

Seperti yang dilaporkan Destructoid, filem pendek ini menggunakan bahasa Jepun sebenarnya tanpa sari kata. Agak sukar nak memahami intipati plot cerita ini tapi apa yang pasti, ia adalah satu produksi hebat dari negara matahari terbit ini. 

Detroit: Become Human adalah permainan video eksklusif untuk PlayStation 4 pada 25 Mei ini.

Sumber: Destructoid

RELATED NEWS

+