Sony PlayStation Asia Akan Mempertimbangkan Penganjuran Kejohanan E-Sukan Akan Datang Di Malaysia

Kejohanan PlayStation League Asia 2018 dan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship anjuran ESL Asia dengan kerjasama Sony Playstation Asia mengumpulkan empat skuad Call of Duty dari Malaysia dan Singapura merebut wang tunai USD$20,000 dan slot ke open bracket COD World League di Anaheim dengan kos perjalanan yang ditaja sepenuhnya.

Juga menyertai ialah lapan pemain FIFA 18 dari rantau Asia termasuklah Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia merebut wang tunai USD$10,000 dan slot ke EA SPORTS FIFA 18 Global Series Playoff, Amsterdam, Belanda pada akhir Mei nanti.

Dari kanan, Amos Yeo (Digital Marketing, Sony Singapore) dan Shaun Noguchi (Software Marketing, Sony Japan).

Ini adalah temu bual penulis bersama Amos Yeo (Digital Marketing, Sony Singapore) dan Shaun Noguchi (Software Marketing, Sony Japan).

MGO: Adakah kejohanan seumpama ini akan terus diadakan pada masa akan datang?

Dengan penganjuran acara sebegini, menggalakkan pemain tempatan bersaing di peringkat lebih tinggi. Selain Anaheim, mereka berpeluang wakili negara di pentas dunia. Jadi semestinya ia dalam perancangan dan kami berbesar hati untuk melaksanakannya sekali lagi.

MGO: Adakah anda berminat untuk menyertakan game selain Call of Duty dan FIFA?

FIFA memang popular di rantau ini sama juga dengan COD yang terkenal di Malaysia kerana prestasi pasukan negara. Di Jepun, kami ingin mencari game berpotensi untuk pemain Asia terutamanya mewakili negara dan bersaing di peringkat dunia. Jadi game yang dicari perlu menepati kriteria itu.

Buat masa ini, kami tak boleh dedahkan lagi game yang sesuai tapi semestinya untuk perancangan tahun ini dan seterusnya, objektif kami ialah mengembangkan lagi komuniti e-sukan di Asia.

MGO: Bagaimana ESL Play dapat membantu mengembangkan potensi bakat pemain e-sukan ?

Lebih lama kita bermain online, lebih banyak kita berlatih untuk jadi lebih baik. Selain itu juga menjadi platform untuk mereka membuktikan yang terbaik untuk negara dan serantau. 

Jadi dari masa ke semasa, ESL Play pastinya akan mengenal pasti pemain-pemain ini, groom mereka dalam persekitaran yang kompetitif dan kemudian adakan satu kejohanan berprestij yang mengumpulkan mereka bertanding antara satu sama lain.

Nota editor: Kejohanan yang dianjurkan hasil kolaborasi syarikat gergasi ini adalah satu daripada pelbagai usaha yang sangat bagus untuk memantapkan industri e-sukan tempatan dan serantau. 

FIFA dan permainan berkonsepkan sukan sebenarnya mempunyai potensi untuk menunjukkan kepada mereka yang tidak bermain game mengenai e-sukan tanpa perlu membuatkan mereka faham sesuatu yang complicated seperti MOBA. 

Jadi sememangnya FIFA akan menjadi game yang sentiasa terbuka untuk menarik perhatian semua dan kami di My Game On berharap ia (PlayStation League Asia) akan dipertandingkan sekali lagi di Malaysia.

RELATED NEWS

+