DualSense pada minggu lepas. Rupa konsol itu sendiri masih belum ditunjukkan dan tarikh pelancarannya juga masih sebuah misteri."> DualSense pada minggu lepas. Rupa konsol itu sendiri masih belum ditunjukkan dan tarikh pelancarannya juga masih sebuah misteri." /> DualSense pada minggu lepas. Rupa konsol itu sendiri masih belum ditunjukkan dan tarikh pelancarannya juga masih sebuah misteri." />

Sony Rancang Keluarkan Hanya 5 – 6 Juta Unit PS5 Pada Pelancaran Pertama

Sony secara tiba-tiba mendedahkan alat kawalan PlayStation 5 (PS5) yang diberikan nama DualSense pada minggu lepas. Rupa konsol itu sendiri masih belum ditunjukkan dan tarikh pelancarannya juga masih sebuah misteri.

Bloomberg telah melaporkan bahawa Sony merancang untuk melancarkan PS5 dengan jumlah unit jualan yang “jauh lebih rendah” berbanding dengan PlayStation 4 (PS4).

Maklumat ini diperoleh melalui individu-individu yang berpengetahuan tentang proses pengeluaran konsol tersebut. Nampaknya Sony hanya akan mengeluarkan sekitar lima sehingga enam juta unit PS5 pada tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2021.

Jumlah ini dikira sebagai jumlah yang rendah kerana Sony berjaya menjual 7.5 juta unit PS4 dalam tempoh dua suku pertama selepas ia dilancarkan pada November 2013.

Menurut laporan Bloomberg, keputusan ini dibuat bukan kerana kesuntukan masa atau bahan-bahan untuk pengeluaran konsol. Sumber Bloomberg menyatakan bahawa Sony menganggarkan PS5 akan dijual pada harga yang tinggi semasa pelancaran dan ini akan membuatkan ramai orang tidak berminat untuk membelinya.

Hal ini berkait dengan laporan Bloomberg sebelum ini yang menerangkan bahawa komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan PS5 kini dijual pada harga yang tinggi. Ini akan membuatkan harga jualan PS5 juga mendadak naik.

Beberapa pembangun permainan video PS5 telah berkongsi bahawa mereka menganggarkan PS5 akan dijual pada harga sekitar US$499 (RM2,180) sehingga US$549 (RM2,390).

Apabila kita mengambil kira keadaan ekonomi sekarang yang terjejas akibat krisis COVID-19, kemungkinan besar orang ramai tidak akan mampu untuk menghabiskan jumlah wang yang besar seperti RM2,000 untuk sebuah konsol permainan video.

Pada waktu yang sama, jualan permainan video popular seperti DOOM Eternal, Animal Crossing New Horizons, dan Resident Evil 3 tetap menunjukkan prestasi yang baik.

Penulis yakin PS5 tetap akan laris dijual walaupun ia dikeluarkan ketika pandemik ini. Walaubagaimanapun, itu sekadar andaian. Lagipun, kita masih belum tahu rupa bentuk PS5 dan judul-judul permainan pelancaran.

Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+