Sony Sahkan Pemain PS5 Boleh Bermain Bersama-sama Pemain PS4 Dengan Fungsi Backwards Compatibility

Konsol PS5 terbaru bukan sahaja membolehkan korang main game PS4, malah korang boleh bermain multiplayer ramai-ramai bersama geng korang masih lagi bermain di PS4!

Dalam satu persidangan yang sama menunjukkan masa loading PS5 sepantas kilat, bos PlayStation, Jim Ryan dan naib presiden, John Kodera berkata fungsi backwards compatibility ini sangat penting bagi konsol PS5.

Apa itu backwards compatibility?

Backwards compatibility berupaya untuk main game daripada konsol lama di konsol baru secara offline atau online. Ryan berpendapat backwards compatibility dalam era rangkaian besar menjadikan fungsi ini sangat berkuasa. 

Beliau jelaskan, “Oleh kerana komuniti gaming ini seperti satu puak besar, backwards compatibility memberikan peluang untuk berhijrah dari satu komuniti ke komuniti lain seperti komuniti PS4 ke konsol generasi baru iaitu PS5 secara berkumpulan. 

“Melihat kepada saiz komuniti terkumpul yang tersedia sekarang di PS4, ia satu titik kejayaan paling penting bagi kami.”

Merapatkan jurang pemain generasi lama dan baru

Dari kiri: Uncharted: Drake’s Deception di PS3 dan versi Nathan Drake Collection di PS4

Kodera berasa dengan fungsi ini dapat menghubungkan jambatan daripada generasi terdahulu dan masa akan datang. “Menyilang dan menggabungkan komuniti membolehkan kita semua seronok bermain game,” kata Kodera. 

Perubahan antara platform lain merupakan sebab utama ramai pemain berhenti main di sesetengah platform atau terus berhenti bermain di platform berkenaan. Kalau PS5 dapat terapkan apa yang diamalkan oleh Xbox One sekarang, ia membenarkan pemain dari semua generasi untuk tetap bermain konsol PlayStation.

Lebih-lebih lagi, Sony dan Microsoft telah memeterai kerjasama bagi berkongsi maklumat untuk mempertingkatkan servis cloud dan penstriman gaming. Gaming adalah untuk semua!

Sumber: GamesRadar+

RELATED NEWS

+