Sony Tak Ingin Meninggalkan Pasaran Portable Gaming, Menurut CEO John Kodera

Sony sebelum ini nampak serius untuk pasaran portable gaming. Mereka mengeluarkan PlayStation Portable, yang laku di pasaran; dan kemudian keluar pula PS Vita, yang memperkenalkan permainan lebih advanced dengan judul AAA dan indie.

Tapi kini hala tuju Sony berlainan apabila syarikat gergasi Jepun itu tidak lagi memberi sokongan kepada Vita. Tapi, ia bukanlah bermakna Sony ingin meninggalkan pasaran portable gaming selamanya.

Dalam temu bual media bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment (SIE), John Kodera, beliau memberitahu Bloomberg bahawa Sony berminat untuk melihat sekali lagi apa boleh dibuat dengan portable gaming.

“Pada pendapat saya, dari mengasingkan terus portable gaming dari konsol, rasanya lebih bagus untuk fikir satu cara menyampaikan pengalaman bermain game dan apa yang pengguna inginkan dari portable. Kami ingin fikirkan banyak pilihan,”

 

Sony mungkin meninjau kejayaan sistem Nintendo Switch yang terjual berjuta unit sejak dilancarkan dan memberikan pengalaman bermain game di rumah dan portable gaming.

Kodera macam mana pun tak mendedahkan perancangan Sony seterusnya sama ada untuk mengikuti hala tuju Nintendo ataupun mempunyai idea lain.

Ada ura-ura mengatakan Sony akan mempertimbangkan PlayStation hibrid seperti Switch; tapi ada juga khabar angin mengatakan Sony akan meneruskan lagi sokongan kepada Vita tapi pilihan itu dipersoalkan kerana Vita hanya popular di pasaran Jepun setakat ini.

E3 2018 pastinya memberi gambaran lebih jelas tentang perancangan Sony bersama permainan video terbaru keluaran mereka nanti. E3 tahun ini akan berlangsung pada 12 Jun di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+