Sony Umum PlayStation 4 Dual Packs Untuk God Of War & Detroit: Become Human Dengan Harga RM209

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan PlayStation 4 Dual Blu-ray Disc Pack, merangkumi pemenang Game of the Year, God of War dan Detroit: Become Human. Pek ini boleh dibeli di pengedar rasmi PlayStation yang berdaftar dengan harga RM209.

Korang boleh mula mendapatkannya bermula 17 Januari ini bersamaan hari Khamis. 

Bagi yang inginkan pek berlainan, Sony turut melancarkan PlayStation 4 Sen No Kiseki Entry Pack, merangkumi dua permainan video iaitu Thors Military Academy 1204 dan The Erebonian Civil War yang akan dijual dengan harga RM169. 

Bagi yang belum bermain permainan video ini, boleh lah korang dapatkannya dengan harga istimewa ini.

 

RELATED NEWS

+