Sony umumkan siri TV Twisted Metal, penulis Cobra Kai sebagai penerbit eksekutif

Sony Pictures Television dan PlayStation Productions mengumumkan bahawa mereka sedang menerbitkan sebuah siri televisyen berdasarkan siri permainan video Twisted Metal. Michael Jonathan Smith, penulis siri Netflix Cobra Kai, dipilih sebagai penulis dan penerbit eksekutif projek ini.

Rhett Reese dan Paul Wernick, dua penerbit eksekutif dan penulis filem Deadpool dan Zombieland, juga terlibat dalam projek ini. Jalan cerita utama siri TV ini direka oleh Rhett dan Paul.

Siri TV ini berkisahkan tentang seorang orang luar yang diberikan peluang untuk mendapat kehidupan yang lebih baik jika dia berjaya menghantar sebuah pakej misteri merentasi sebuah tanah gurun pasca-apokaliptik. Dia dibantu oleh seorang pencuri kereta dan akan bertempuh dengan musuh-musuh yang memandu kenderaan-kenderaan berbahaya.

Sweet Tooth, watak popular dari siri permainan Twisted Muncul, juga akan membuat kemunculan.

Ini merupakan projek siri TV kedua yang sedang diterbitkan oleh PlayStation Productions. Projek lain yang diumumkan sebelum ini ialah siri HBO The Last of Us yang memilih Pedro Pascal dan Bella Ramsey sebagai Joel dan Ellie.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+