Spellbreak akan dilancarkan secara free-to-play

Permainan video battle royale berunsurkan kuasa sihir Spellbreak akan dilancarkan secara free-to-play di PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch dan Xbox One.

Perkara ini diumumkan oleh pembangun judul tersebut Proleatariat dalam sebuah trailer baharu yang dimuat naik semalam. Pada waktu ini, tarikh pelancaran Spellbreak masih belum diumumkan.

Proleatariat mahu memperkenalkan sesuatu yang baharu dalam arena permainan video battle royale dan idea mereka adalah untuk memasukkan kuasa-kuasa sihir yang menarik ke dalam formula tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai permainan video ini, anda boleh melayari laman web rasmi Spellbreak.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+