Spider-Man Akan Dijual Di Pasaran Malaysia Bermula RM199

Nampaknya, Spider-Man akan dikeluarkan tak lama lagi dan Sony Interactive Entertainment dah pun umumkan harga edaran permainan video itu bagi pasaran Malaysia. Siapa yang dah tak sabar nak kumpul duit? Ini adalah senarai harganya:

Physical Standard Edition – RM209
Physical Collector’s Edition -RM699
Digital Standard Edition -RM199
Digital Deluxe Edition -RM224

Korang dah pun boleh buat pra-tempahan bermula hari ini di PlayStation Store dan menerima kandungan premium iaitu kostum Spider-Punk dan Iron Spider. Korang juga akan dapat Spider-Drone (in-game item), 5 ekstra skill points, avatar untuk PSN dan tema PS4 yang eksklusif. 

Dikatakan Spider-Man kali ini lebih berbeza kerana perlawanannya begitu realistik di samping beberapa ciri baru diperkenalkan. Spider-Man akan dilancarkan pada 7 September ini di PlayStation 4.

RELATED NEWS

+