Square Enix umumkan Kingdom Hearts: Melody of Memory

Square Enix mengejutkan dunia dengan mengumumkan judul baharu Kingdom Hearts untuk konsol hanya setahun selepas pelancaran Kingdom Hearts III. Malangnya, ia bukan apa yang ramai peminat inginkan.

Kingdom Hearts: Melody of Memory baru diumumkan dan ia merupakan sebuah permainan irama beraksi. Ia akan dilancarkan pada tahun ini di PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Nintendo Switch.

Watak-watak utama dan banyak watak sampingan dari Kingdom Hearts akan muncul sebagai watak yang boleh dimain. Menurut laman web rasmi Kingdom Hearts: Melody of Memory, terdapat lebih daripada 140 lagu dalam judul ini.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+