YouTube dan Twitch."> YouTube dan Twitch." /> YouTube dan Twitch." />

State of Play akan bersiaran langsung pada 26 Februari 2021

Sony Interactive Entertainment akan mengadakan sebuah siaran langsung State of Play pada 26 Februari ini. Siaran langsung ini akan bermula pada waktu 6 pagi dan anda boleh menontonnya di YouTube dan Twitch.

State of Play kali ini akan mempertunjukkan 10 permainan yang akan dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4) dan PlayStation 5 (PS5). Sony mengesahkan tiada maklumat baharu tentang perkakasan PlayStation akan dipertunjukkan.

Antara permainan-permainan yang dijangka akan dipertunjukkan dalam siaran langsung ini adalah Horizon Forbidden West, Ratchet & Clank: Rift Apart, Returnal, dan Resident Evil Village. Pastikan anda menetapkan jam penggera agar tidak terlepas menonton State of Play ini pada hari Jumaat minggu ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+