Streamer World of Warcraft dan Hearthstone terkenal Reckful telah meninggal dunia

Tokoh e-sukan Rod ‘Slasher’ Breslau telah mengesahkan bahawa Byron ‘Reckful’ Bernstein telah meninggal dunia. Reckful terkenal sebagai seorang pemain dan streamer World of Warcraft dan Hearthstone.

Berita malang ini juga disahkan oleh abang Byron iaitu Gary Bernstein dan juga bekas teman wanita Byron. Nampaknya beliau telah membunuh diri selepas bertahun-tahun menghidap penyakit mental seperti kemurungan dan bipolar disorder.

Byron meninggal pada umur 31 tahun dan beliau meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan komuniti e-sukan dan streaming. Streamer terkenal seperti Asmongold dan xQc juga mengongsikan perasaan sedih mereka atas pemergian Byron.

Penulis berharap kejadian ini memupuk orang ramai untuk mengambil serius hal kesihatan mental yang pada waktu ini masih tidak diambil berat oleh sesetengah pihak.

Kami di MyGameOn mengucapkan takziah kepada rakan-rakan dan ahli keluarga Byron.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+