YouTube mereka."> YouTube mereka." /> YouTube mereka." />

Studio di sebalik francais Hitman akan umumkan projek baharu

IO Interactive, studio yang membangunkan siri permainan Hitman sejak tahun 2000, akan mengumumkan sebuah projek baharu pada jam 10 malam ini. Projek baharu ini akan didedahkan di laman YouTube mereka.

Selain daripada siri Hitman, studio ini juga satu lagi siri permainan video iaitu Kane & Lynch. Judul terakhir Kane & Lynch iaitu Kane & Lynch 2: Dog Days dilancarkan pada tahun 2010 untuk PC, PlayStation 3 (PS3), dan Xbox 360. Ada kemungkinan mereka akan mengumumkan sekuel kepada siri tersebut.

Penulis yakin projek baharu ini tidak ada kena mengena dengan siri Hitman kerana IO Interactive pada waktu ini masih sibuk dengan proses pembangunan Hitman 3. Permainan tersebut dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2021 untuk PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series, dan Google Stadia.

RELATED NEWS

+