Sukan SEA 2019: Harimau Malaya Cemerlang, Mobile Legends 8 Mata, Hearthstone Dan Starcraft II Layak Ke Playoff

Pada hari pertama temasya Sukan SEA 2019 yang mempertandingkan e-sukan sebagai acara berpingat, skuad Harimau Malaya tidak kurang hebatnya apabila berjaya membedil pasukan-pasukan negara lain dalam peringkat kumpulan.

Bagi Mobile Legends: Bang Bang, Starcraft II dan Hearhtstone yang dipertandingkan pada semalam, skuad Harimau Malaya mencatatkan rekod tersendiri.

 

Mobile Legends: Bang Bang

Pasukan MLBB berjaya memperoleh keseluruhan 8 mata sekali gus mendominasi kumpulan A, meninggalkan Vietnam dan Singapura, masing-masing mengumpul 6 mata. Kemboja pula gagal mengumpulkan sebarang mata tapi Myanmar mengikuti rapat dengan 5 mata.

Pencapaian ini seterusnya melayakkan mereka ke pusingan kumpulan menang (upper bracket) menentang Indonesia yang mengumpulkan 7 mata di kumpulan B. Tentunya korang tak ingin terlepas perlawanan sengit ini pada jam 5 petang nanti yang mana livestream boleh disaksikan di Facebook Mobile Legends: Bang Bang.

 

Hearthstone

Yew Weng kyan (Wkyew) (paling depan) akan berlawan di pusingan upper bracket selepas ini untuk merebut peluang mendapatkan pingat emas pada Isnin nanti. 

Hee Zi Song (kanan) yang pernah mewakili Malaysia di Kejohanan Sukan Elektronik Dunia (WESG) pula tidak berjaya untuk mara kerana tewas semalam.

 

Starcraft II

Pemain Starcraft II tanah air, Yap Kien Khun (kanan) atau Ranger berjaya mara ke kumpulan kalah (lower bracket) dengan rekod empat menang dan satu kalah. Bagi Jonathan Wong Choon Hoong, dia tidak berjaya lolos ke pusingan penentu kerana kalah empat pusingan dan hanya satu menang. Bagaimanapun, tahniah diucapkan!

Saksikan aksi seterusnya hari ini di Twitch: Razer atau Youtube: Razer

  • 9:30 – Hearthstone Upper Bracket First Round
  • 11:15 – Hearthstone Upper Bracket First Round
  • 13:15 – Starcraft II Upper Bracket Finals
  • 15:00 – Starcraft II Lower Bracket Finals
  • 17:00 – Mobile Legends: Bang Bang Upper Bracket Finals
  • 19:00 – Mobile Legends: Bang Bang Lower Bracket Semis

(Foto: Esports Malaysia)

RELATED NEWS

+