SUKMA 2018: Pemain Profesional Bersetuju FIFA Dan PES Dipamerkan Bersama-Sama, PUBG & CS:GO Juga Patut Disertakan

Berhubung isu PES dan FIFA yang dipamerkan sekali untuk SUKMA 2018, ada sebilangan netizen mengatakan sepatutnya slot itu diberikan kepada permainan video lain yang harus mendapat tumpuan sama.

Tapi bagi pemain profesional untuk kedua-dua permainan, mereka merasakan Esports Experience dengan kedua-dua permainan ini dapat membuka mata lebih ramai pihak.

Gamesbond AmTuah

“Bagi saya, ia tak sepatutnya menjadi satu isu. Kedua-dua game memang nampak sama tapi konsep dan gameplay adalah berlainan. Malah, kedua-duanya mempunyai komuniti adalah berbeza, tak boleh samakan.

“Ini juga adalah bagus kerana PES baru-baru ini dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia 2018 jadi ia adalah relevan untuk ketengahkan permainan bola sepak ini di SUKMA 2018 pula,” kata Gamesbond AmTuah, pemain profesional FIFA yang kerap kali ke kejohanan antarabangsa.

Bagi duo yang juga wakil Malaysia ke Sukan Asia, Muhamad Khairul dan Norhaikal pula, pendekatan ini sangat sesuai untuk kedua-dua permainan ini memberi impak kepada industri.

Khairul (dua dari kiri) bersama Norhaikal

“Walaupun ia minat masing-masing, kita ambil peluang ini untuk ‘bergabung’ dan berbaik jadi ia akan memberikan impak kepada penganjur dan juga orang ramai untuk mengenali lebih mendalam PES dan FIFA,” – Haikal

“Selalunya jarang kalau PES dan FIFA ada dalam satu acara yang besar. Jadi pada pandangan saya, ini adalah pendekatan positif dan dapat merapatkan lagi jurang antara kedua komuniti. Pendek kata, ia akan menggembirakan kedua belah pihak kerana tiada isu berat sebelah,” – Khairul

Aiman

Bagi Aiman Roshaizam atau Sekaiichi yang juga pemain FIFA Online 3 dan pengulas bagi acara e-sukan, dia menganggap kedua-dua permainan ini mempunyai pemain dengan pencapaian yang membanggakan jadi tiada diskrimasi terhadap mana-mana game bertemakan bola sepak.

Afiq ‘Chii’ Afzainizam

Pemain profesional PUBG yang juga ahli kumpulan FACE Gaming pula mengatakan PUBG sepatutnya dimasukkan kerana komunitinya yang besar. 

“Ia relevan kerana komuniti ini (PUBG) sangat besar,” katanya. 

Bagi penulis, walaupun ia sekadar showcase, permainan sebegini tak sepatutnya diabaikan kerana ia adalah trend terkini dan sepatutnya diketengahkan.

Aiman ‘aimaNNN’ Azham

Sementara itu, pemain FrostFire CS:GO, Aiman Azham pula mengatakan skuadnya dijemput untuk ke SUKMA 2018. 

“Kami dijemput mewakili Malaysia tapi tak dapat hadir kerana ada perlawanan lain yang perlu dhadiri pada tarikh itu,” katanya.

Aiman juga berharap permainan seperti CS:GO dapat dimasukkan ke dalam SUKMA 2018 walaupun ia hanyalah pertunjukan dan bukannya pertandingan sebenar yang memberikan pingat.

SUKMA 2018 mempamerkan tiga permainan e-sukan iaitu Mobile Legends, FIFA 18 dan Pro Evolution Soccer. Setakat ini masih belum ada kepastian jika permainan video lain akan turut disertakan. Ia akan berlangsung pada 21 dan 22 September ini.

Seharapnya permainan video lain dipertimbangkan kerana faktor kepelbagaian e-sukan dalam satu acara sukan dapat membuka mata lebih ramai pihak mengenai kebaikan industri ini.

KEMASKINI: CS:GO, Dota 2 dan PUBG Mobile sah dipamerkan di Esports Experience (terima kasih Mariah Ahmad!).

Baca lanjut: Tiga Permainan E-Sukan Dipamerkan Di SUKMA 2018

RELATED NEWS

+