Summer Lesson Memperlihatkan Trailer Terbaru Dalam Bahasa Inggeris, Menampilkan Chisato Shinjo

Summer Lesson adalah permainan PlayStation VR yang mengetengahkan watak perempuan Jepun yang comel dan akan melayan pemain serta bersembang dengan mereka.

Untuk tahun ini, Summer Lesson: Allison Snow & Chisato Shinjo akan mendapat versi Bahasa Inggeris. Ini adalah untuk membantu pemain berinteraksi dengan lebih baik dalam bahasa universal bersama dua heroin itu. 

Dalam video dikeluarkan Bandai Namco ini memaparkan Chisato.

Dalam video ini, Chisato menunjukkan dirinya bukan seorang yang tak suka mengulangkaji. Kita juga melihatnya sedang minum teh dan melawat kuil. Buat masa ini, masih belum ada video dikeluarkan untuk Allison Snow.

Summer Lesson: Allison Snow & Chisato Shinjo akan hadir ke PlayStation VR untuk pasaran Asia Tenggara pada Musim Panas (Jun hingga September 2018)

Sumber: Siliconera

 

RELATED NEWS

+