Steam dan Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One."> Steam dan Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One." /> Steam dan Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One." />

SUPERHOT: MIND CONTROL DELETE akan dilancarkan di PC dan konsol pada 16 Julai

SUPERHOT Team telah mendedahkan permainan video terbaru mereka iaitu SUPERHOT: MIND CONTROL DELETE. Ia akan dilancarkan pada 16 Julai ini di PC (Steam dan Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Walaupun judul ini merupakan judul ketiga dalam siri permainan video SUPERHOT, ia bukan sebuah sekuel. Menurut SUPERHOT Team, ia sebuah permainan video standalone yang boleh dimain tanpa apa-apa pengetahuan tentang judul-judul SUPERHOT yang lain.

Pada waktu yang sama, SUPERHOT: MIND CONTROL DELETE mempunyai pelbagai penambahan baharu yang menarik seperti lebih dariapda satu watak utama dan kuasa-kuasa baharu.

SUPERHOT Team akan memberi dua juta salinan percuma SUPERHOT: MIND CONTROL DELETE sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong mereka. Anda boleh mendapatkan judul ini secara percuma jika anda membeli SUPERHOT pada atau sebelum 16 Julai ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+