Tamagotchi Akan Hadir Di Android dan iOS Pada 2018 – Bandai Namco

Masih ingat Digivice? Penulis teringat kenangan di zaman sekolah rendah. Seronok membela Digimon, beri makan, membuang najis sampaikan ia jadi popular pada penghujung tahun kerana saat itulah murid-murid diberi pelepasan untuk membawa gajet lain seperti Gameboy juga.

Permainan Tamagotchi turut popular pada ketika itu dan sehingga beberapa lama, Bandai Namco terus mengeluarkannya di pasaran dalam bentuk perkakasan. 

Tapi zaman semakin canggih dan kebanyakan anak muda sekarang lebih suka jika permainan itu ada dalam telefon pintar mereka. Oleh itu, Bandai Namco baru-baru ini mengumumkan akan membangunkan permainan ini secara komersial bagi pengguna iOS dan Android, tahun depan. 

Diberi nama Tamagotchi Forever, ia menampilkan karakter comel dalam tiga dimensi dan bukannya 8 bit seperti sedekad lalu. Dikatakan pengguna akan dapat berinteraksi dengan pemilik Tamagotchi lain, antara ciri baru akan diperkenalkan nanti.

Sebelum ini kita disajikan dengan permainan membela makhluk digital seperti Pou, Talking Tom tapi kali ini pastinya lebih menarik dengan dunia Tamagotchi yang penuh kejutan kepada peminat.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh klik sini.

RELATED NEWS

+