Team Bosskurr masukkan ahli baru? Mahu bangkit di tiga minggu terakhir liga MPL

Tinggal tiga minggu saja lagi musim liga MPL MY musim ketujuh dan nampaknya Team Bosskurr ingin terus bangkit mendaki ranking.

Mereka memperkenalkan Tacuz yang kini akan menjadi pemain utama pasukan tersebut.

Foto: Team Bosskurr

Setakat ini, Team Bosskurr berada di kedudukan tercorot kumpulan B dengan hanya satu saja set kemenangan.

Kemasukan ini pastinya menunjukkan Team Bosskurr komited untuk melakukan perubahan dan menggunakan lineup yang terbaik di baki liga MPL.

RELATED NEWS

+