Team No Recoil (TNR) dan AKA kini bersama Whales Esports

Pasukan Team No Recoil (TNR) kini bernaung di bawah organisasi Whales Esports.

Majlis tandatangan diadakan pada akhir tahun lalu apabila TNR dan AKA membuat keputusan untuk bergabung bentuk roster baharu. Whales Esports kemudiannya melihat potensi pada pasukan ini.

Mereka diwakili oleh:

  • Kuang ‘Stewart9k’ Jian Sew (Team No Recoil)
  • Neo ‘XinB’ Sau Puey – Previously known as SinB  (Team No Recoil)
  • Tee “inSomnus’ Yeu Terng (Team No Recoil)
  • Loo ‘ Looyou’ Tze You (AKA Esports)
  • Koh ‘Snap’ Wen Hong (AKA Esports)
  • Wong ‘Jack’ Jing Feng (Pengurus)
  • Lim ‘Zac” Zhi Xiang (Pengurus Besar Team Whales dan Pengurus Game Buddy Whales Esports)

MyGameOn: Kenapa Whale Esports buat keputusan untuk tandatangani TNR?

Whales Esports: PUBGM adalah salah satu permainan paling popular di Malaysia dan Whale Esports percaya dengan menandatangani TNR akan membantu kedua belah pihak untuk meluaskan pengaruh dan mendapat pendedahan dalam pasaran tempatan. Kami juga baru ditubuhkan dalam industri ini dan kami percaya kedua belah pihak ada peluang untuk sama-sama melangkah lebih jauh.

 

MGO: Dengan menandatangani TNR, bagaimana ia boleh membantu pasukan ini?

Whales Esports: TNR yang kini  bernaung di bawah Whale Esports akan dibantu dari segi kewangan. Ini membolehkan kami untuk fokus dalam latihan sepenuhnya tanpa perlu terlibat dalam hal yang tak sepatutnya difikirkan atlet profesional. Kami juga berpeluang teroka ilmu baru seperti penstriman langsung, penciptaan kandungan dan membina identiti sebagai public figure dan banyak lagi.

Perkara paling penting adalah kami sekarang tahu hala tuju masa depan dan kami ingin fokus 100% terhadapnya berbanding beberapa atlet lain di Malaysia yang masih dalam jalan buntu.

 

MGO: Apakah sasaran TNR untuk PMPL Musim Ketiga?

Whales Esports: Sasaran kami adalah layak ke PMPL SEA Finals. Sebelum ini kami hampir layak jadi kami ingin buat yang terbaik musim ini untuk sekali lagi kejar slot itu. Harap semua akan berjalan lancar.

Ikuti mereka di FB dan IG

Buat anda yang tidak tahu Whales Esports adalah organisasi e-sukan ditubuhkan pada tahun lalu yang mempunyai beberapa perkhidmatan seperti game buddy APP di iOS dan Google Play, mencungkil bakat atlet e-sukan dan streamer, menganjurkan kejohanan dan banyak lagi.

Ia diasaskan oleh Morgan LB, Ketua Pegawai Eksekutif Whales Esports dan beberapa artis Malaysia termasuk Adiran Tan dan Zac Lim.

Mereka juga mempunyai pasukan Honor of Kings dinamakan Tiger League Club (TLC).

RELATED NEWS

+