Team Secret Mengacah Pasukan Baru? Dinamakan Secret Stars

Komuniti e-sukan digemparkan dengan berita mengenai pengumuman baru dari organisasi Eropah, Team Secret sejak pagi tadi.

Mereka mengacah dalam satu video dengan mesej “Memperkenalkan.. Secret Stars (logo) akan hadir tak lama lagi”

Ramai pengguna Twitter mengatakan ia mungkin pasukan baru (Dota2) yang sama seperti OG iaitu OG Seed. Ada juga mengatakan ia adalah pasukan baru untuk e-sukan lain. Sebelum ini Team Secret ada menubuhkan pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) yang terdiri daripada pemain Malaysia.

Pasukan itu kini mengalami rombakan dan akan mengumumkan lineup dalam masa terdekat.

Buat setakat ini, tiada apa yang rasmi dari Team Secret dan kita hanya boleh menunggu pengumuman rasmi mereka nanti.

RELATED NEWS

+