Team SMG – Rynn, Loong, Goten, Ax, Smooth dan Raisyaa

Tiga pemain daripada Team Bosskurr, Loong, Rynn dan Goten sah menyertai pasukan Team SMG bagi menghadapi pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Keenam yang akan berlangsung pada bulan ini.

Dalam satu posting di Facebook, Team SMG mengumumkan barisan pemain yang baru tersebut.

Mereka terdiri daripada Goten, Rynn, Loong dan tiga pemain asal SMG dari musim lalu, ZaimSempoi (Raisyaa), Saiyajinn (Ax) dan Smooth.

Pada musim MPL yang lepas, Team SMG hanya berjaya meraih tempat ketujuh/kelapan.

RELATED NEWS

+