Tencent Bekerjasama Dengan The Pokémon Company Untuk Bangunkan Game Baru

Syarikat teknologi gergasi dari China, Tencent mengumumkan syarikat mereka bakal bekerjasama dengan The Pokémon Company untuk menghasilkan game baru.

Pengumuman itu dibuat melalui laman media sosial China, Weibo menjelaskan Timi Studio Group iaitu pembangun untuk Call of Duty Mobile dan Arena of Valor bakal membangunkan game terbaru bersama-sama The Pokémon Company. 

Buat masa sekarang, kedua-dua pihak tidak memberi sebarang info tentang jenis game apa yang bakal dibangunkan. Memandangkan Timi ialah studio yang membangunkan game mobile dan mereka juga sedang meluaskan studio mereka dengan pencarian pengarah kreatif serta penerbit, kemungkinan besar game mobile khusus untuk Pokemon dalam perancangan.  

Tencent adalah pembangun untuk game terkenal seperti PUBG Mobile dan Arena of Valor serta memegang saham besar dalam Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG). Syarikat gergasi ini juga membeli Riot Games, pembangun League of Legends pada tahun 2015.

Baru-baru ini, Tencent memeterai perjanjian bersama Nintendo iaitu pemilik satu per tiga The Pokémon Company untuk membawakan Nintendo Switch ke pasaran China.

The Pokémon Company telah berkolaborasi dengan ramai syarikat video game lain untuk membangunkan pelbagai game mobile antaranya paling popular adalah Pokemon GO bersama Niantic. Pokemon Sleep dan Pokemon Masters yang bakal dilancarkan tahun ini juga adalah game mobile dengan kerjasama DeNA.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+