Tencent mempertunjukkan SYN, demonstrasi teknikal untuk permainan video bertema Cyberpunk

Baru-baru ini, Tencent Games telah mengadakan sidang media tahunan mereka dan salah satu perkara menarik yang dipertunjukkan ialah SYN. Ia merupakan sebuah video demonstrasi teknikal untuk sebuah permainan video first-person shooter (FPS) baharu.

Demonstrasi tersebut dibangunkan dengan Unreal Engine dan menonjolkan teknologi menarik seperti strand-based hair system. Menurut Tencent Games, ini merupakan demonstrasi untuk sebuah permainan video PC dan konsol.

Pada waktu ini, Tencent Games masih belum mendedahkan tajuk sebenar judul ini dan ada kemungkinan ia tidak akan diumumkan pada masa yang terdekat. Walaubagaimanapun, ia tetap nampak menarik dan mungkin boleh menjadi saingan kepada Cyberpunk 2077.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+