"> " /> " />

[TERKINI] Todak umum pasukan VALORANT, dianggotai bekas pemain profesional CS:GO

Peneraju jenama gaya hidup Malaysia, Todak hari ini mengumumkan penubuhan pasukan VALORANT baharu.

Pasukan ini terdiri daripada antara nama-nama yang tidak asing dalam arena CS:GO tempatan. Mereka adalah:

  • Muhammad Idzni “Senna”
  • Muhammad Arsyad “Adukaaaa”
  • Mathanraj Munisparan “theDoctorr”
  • Mohamad Haiqal “bbalto0o”
  • Shamir Aliff “Subbey”

Manakala bagi aspek pengurusan akan dikendalikan oleh bekas pemain Call of Duty, Nazmi Nahar dan dibantu oleh Muhammad Isyraf “Sacri”.

Seiring dengan pengumuman ini, Todak VALORANT sudah pun menjuarai pusingan kelayakan bagi kejohanan Corsair Hunter Fury dan mereka juga satu-satunya. pasukan Malaysia dijemput untuk kejohanan EPULZE Royal Sea Cup dengan hadiah terkumpul RM103,000.

Selain Todak, 11 lagi pasukan Asia Tenggara dijemput untuk bertanding.

“Kami merasakan bahawa penubuhan pasukan ini dapat mengharumkan nama negara sekaligus meletakkan nama Malaysia di pentas antarabangsa”. Berikut adalah aspirasi pengurus perkembangan E-Sukan Todak, Radzi Rahman atau lebih dikenali sebagai Ikuto00.

Kata beliau lagi, “Saya berharap dengan penubuhan pasukan Todak Valorant ini dapat memeriahkan lagi industri e-sukan di negara ini dan rakyat Malaysia, para peminat VALORANT khususnya, dapat memberikan sokongan yang berterusan kepada pasukan kami,” katanya.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai pasukan Todak VALORANT, anda boleh ikuti Instagram mereka di @todakvalorant

Selama tiga tahun dalam industri,  Todak sudah mempunyai dua pasukan e-sukan iaitu Todak MLBB yang meraih tempat ketiga di kejohanan dunia, M1 dan Todak Dota 2.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+