Terus kejar kemenangan, Todak tundukkan Geek Fam

Kuala Lumpur: Perlawanan Todak lawan Geek Fam hari ini tak dinafikan menjadi satu penutup yang baik bagi minggu ketujuh MPL MY musim ketujuh kali ini.

Todak bermain dengan lineup terbaru yang menunjukkan keserasian di tahap terbaik iaitu gabungan pemain baru, Moyyy.

Mereka meraih kemenangan 2-0 sebentar tadi selepas mematahkan strategi Geek Fam dan menghukum draft pasukan itu yang mengutamakan Fanny dalam lineup.

MPL MY musim ketujuh sudah memasuki minggu yang ketujuh dan hanya tinggal satu minggu lagi sebelum musim liga berakhir.

Sebanyak RM410,000 (AS$100,000) ditawarkan kepada 10 pasukan Mobile Legends terbaik Malaysia.

RELATED NEWS

+