Thanos Akan Mencetuskan Huru Hara Dalam Mod Masa Terhad Fortnite!

Thanos yang terkenal dalam Avengers: Infinity War sebagai penjahat dengan latar belakang menarik kini meneruskan kembaranya menakluk galaksi dalam Fortnite Battle Royale pula!

Dengan kerjasama bersama Marvel, Epic Games membawakan Thanos dalam mod masa terhad bermula hari ini. Boleh dikatakan, Infinity Gauntlet akan spawn dalam peta dan sesiapa yang menjumpainya akan bertukar menjadi Thanos. Mestinya seronok bermain bersama kawan-kawan yang sudah menonton filem ini dan menyaksikan Thanos sekali lagi mencetuskan huru-hara.

Tapi buat masa ini, Epic Games masih belum mendedahkan apakah kuasa Thanos dan bagaimana kehadirannya akan balance game ini dalam mod itu ataupun menampilkan sebarang kuasa yang tidak memerlukan senjata. Kita nantikan ya!

Bagi yang mengharapkan kalau-kalau ada kostum dari karakter Avengers dimasukkan dalam Fortnite, janganlah terlalu mengharap kerana post di Reddit ini tidak menunjukkan lampu hijau bagi kandungan tambahan itu. Boleh lihat post itu di SINI.

Walau macam mana pun.. poster dari peminat ni memang nampak menarik! Kenapalah Epic Games tak menjadikan ia kenyataan? Sumber: @PlainBen

Sumber: Comicbook

 

RELATED NEWS

+