The Division 2 Percuma Dimainkan Pada 13 Jun – 16 Jun, Kandungan Baru Membawa Pemain Kembali Ke New York

Massive Entertainment mendedahkan kandungan terbaru dalam The Division 2 termasuk tempoh main secara percuma, kandungan percuma Year 1 dan DLC baru semasa persidangan Ubisoft di E3 2019.

The Division 2 bakal membawakan dua episod baru iaitu episod pertama, D.C Outskirts: Expeditions dilancarkan pada bulan Julai. Pemain akan bertempur di luar bandar Washington D.C. sehinggalah ke hutan dan Zoo Negara dalam misi baru. Video di atas memaparkan mod gameplay baru di dalam sebuah kolej usang.

Episod 2 dipanggil Pentagon: Last Castle membawakan pengalaman kerjasama raid seramai 8 pemain di Pentagon pada September. Episod 3 pula mengacah misteri di sebalik The Division 1 iaitu penyebaran virus di bandar New York. 

Dalam trailer acah di atas, pemain akan memburu Aaron Keener iaitu salah seorang ejen Division dan mengambil kembali bandar New York pada musim panas berbanding musim sejuk dalam The Division 1.

Kandungan berepisodik ini adalah percuma dan pemain dengan pas Year 1 dapat kosmetik tambahan dan berpeluang untuk main kandungan ini lebih awal.  The Division 2 juga percuma dimainkan bermula dari 13 Jun sehingga 16 Jun.

The Division 2 telah dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+