The King of Fighters 15 Rasmi Diumumkan

SNK baru mengumumkan The King of Fighters 15 sedang dalam kerja-kerja pembangunan. Pengumuman ini datang sebagai kejutan semasa EVO 2019 iaitu sebuah acara khas yang mana mengumpulkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia untuk pertandingan pelbagai jenis game fighting.

Untuk pendedahan baru ini, kami difahamkan hanya logo baru The King of Fighters 15 untuk menunjukkan game ini sedang dibangunkan. Setakat ini, tiada berita terkini untuk platform mana bakal hadir dan juga tarikh rasmi.

Game terakhir King of Fighters adalah King of Fighters 14 dilancarkan khas di PS4 pada 2016 dan kemudian, game ini dikeluarkan di PC (Steam) pada 2017. Kami akan kemaskini jika ada info baru yang bakal menyusul.

Selain The King of Fighters, Arc System Works juga baru mengumumkan Guilty Gear baru semasa EVO2019. Tahun ini, EVO sememangnya menjadi lubuk pengumuman untuk game fighting pada masa akan datang.

Sumber: VG24/7

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+