The Last of Us Part 2 Akan Hadir Ke PC?

Nampaknya, The Last of Us Part 2 mungkin akan hadir ke PC juga kerana Naughty Dog (pembangun) sedang mencari Graphics Programmer yang baru.

Mereka mencari seseorang yang biasa dengan DirectX 12, Vulkan dan jenis grafik lain termasuklah antaramuka aplikasi program (API) tapi yang paling penting adalah kakitangan baru itu perlu juga biasa dengan pembinaan microarchitectures dari AMD dan NVIDIA.

Kita akan menyaksikan Last of Us Part 2 akan hadir ke konsol generasi seterusnya, PlayStation 5 dengan grafik baru tapi ura-ura ini juga menunjukkan kehadiran permainan video ini di PC bukanlah mustahil. 

Ini kerana trend bagi permainan eksklusif PlayStation yang hadir ke PC bagi menarik minat pengguna kedua-dua platform ini.

(Sumber terjemahan: Tweaktown)

RELATED NEWS

+