The Last of Us Part II Akan Dilancarkan Pada 21 Februari 2020

Naughty Dog hari ini mengumumkan The Last of Us Part II akan hadir tidak lama lagi.

Saksikan trailer terbaru The Last of Us Part II sempena State of Play yang menampilkan Ellie menghadapi cabaran baru dan Joel akhirnya muncul buat pertama kali untuk tatapan pemain.

Dalam trailer di atas, kehidupan baru Ellie bertukar arah selepas misteri kehilangan Dina. Protagonis utama game pertama The Last of Us ditonjolkan dengan penampilan lebih berumur dan berada di sisi Ellie. Selain itu, adik kepada Joel, Tommy yang juga dimamah usia diperlihatkan.

Pengarah The Last of Us Part II memberitahu lebih lanjut tentang variasi edisi The Last of Us Part II iaitu merangkumi The Last of Us Part II Standard Edition, Special Edition, Digital Deluxe Edition, Collector’s Edition dan Ellie Edition.

Untuk versi Ellie’s Edition, ia didatangkan dengan patung figura Ellie bersaiz 12 inci dan juga beg Ellie sebenar! Lihat pelbagai versi keluaran di sini.

Naughty Dog bakal menyediakan sesuatu istimewa sempena Outbreak Day iaitu hari peringatan wabak Cordyceps menjadi tular sehingga mengakibatkan kejadian The Last of Us pada 26 September ini. Antaranya adalah pandang pertama The Last of Us Part II yang mana permainan dua babak akan dilancarkan buat pertama kali pada hari berkenaan.

The Last of Us Part II akhirnya mempunyai tarikh pelancaran iaitu jatuh pada 21 Februari 2020 khas untuk PlayStation 4.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+