TheFarang Lejund juara PMCC, bawa pulang RM4,000

Pasukan TheFarang Lejund muncul juara di kejohanan Piala Komuniti PUBG Mobile  (PMCC) minggu lalu dan berjaya bawa pulang RM4,000 hadiah kemenangan.

Mereka berjaya kumpul 157 mata dan memenangi tiga daripada 10 perlawanan dimainkan pada hujung minggu lalu.

Kejohanan tersebut mengadakan Grand Finals selama dua hari pada 2 dan 3 Januari lepas yang mana pasukan bukan profesional seluruh Malaysia menyertai.

TheFarang Lejund diwakili oleh Muhammad Arif bin Mohd Zaidi (FRGxRepoboy), Syameer Aidil bin Omar (FRGxLuppy), Muhammad Abbas Bin Saufi (FRGxHelton), Muhammad Aqil bin Saiful Bahri (FRGxRiki) dan Muhammad Luqman Hakim bin Hasan (FRGxAdikLuqOP).

Anugerah Pemain Terbaik (MVP) pula menjadi milik Luqman Hakim kerana berjaya mendapatkan output serangan paling tinggi  sebanyak 4,644 damage dan kadar ikhtiar hidup paling lama (808 minit).

Tempat kedua dimenangi MPX Redline dengan 124 mata dan Taugeh Ayam Esports dengan 124 mata. Mereka dijarakkan dengan mata bunuh.

Format kali ini adalah lain sedikit yang mana divisi wanita dan campuran dibawa untuk berikan kelainan.

PMCC dikatakan adalah pendekatan terbaru bagi menggalakkan lebih ramai wanita bertanding secara kompetitif.

RELATED NEWS

+