Tips-tips mudah bila main League of Legends: Wild Rift closed beta

League of Legends: Wild Rift baru saja dilancarkan dalam sesi beta tertutup kepada penghibur penstriman langsung (streamers), media dan individu terpilih yang mendaftar tidak lama dulu.

Tapi disebabkan Wild Rift mempunyai banyak penyamaan dengan League of Legends di PC, maka cara permainannya mungkin agak asing bagi mereka yang sudah terbiasa dengan mobile MOBA.

Jadi sini penulis ingin kongsikan visual panduan ringkas yang dihasilkan oleh pencipta kandungan dan hos, Meera “NeverOne” Dros:

Buat pengetahuan anda, setiap champions dalam Wild Rift terbahagi kepada Jungle, Mid, ADC & Support di Dragon Lane dan satu lagi champion di Baron Lane.

Kebiasaannya Mid tugasannya akan mendapatkan farm dan selalunya hero yang mempunyai skillshots dan burst damage akan berada di laluan ini. Beliau akan gank mana-mana lane dengan mudah.

Di Dragon Lane, ADC (marksman) dan support selalunya akan berada di lane untuk farm dan musnahkan menara pertahanan secepat mungkin ataupun mendapatkan Dragon dengan bantuan Jungle.

Bagi Jungle pula, tugasnya mendapat buff dan membunuh makhluk di hutan dan gank lane yang memerlukan pertolongan.

Di Baron Lanechampion di laluan ini akan menyinar pada minit tengah dan akhir permainan sementara terus farm pada minit awal.

Ini adalah item-item yang disarankan untuk pengguna Mage atau mereka yang berada di laluan tengah.

Bagi Jungle, ini pula item sesuai untuk mereka.

Pemain di Baron Lane perlukan item sustain dan boleh menahan pelbagai crowd control jadi item-item ini agak penting.

Ini adalah item bagi ADC atau marksman dan Statikk Shiv adalah item yang sudah biasa dibeli pada awal permainan.

Bagi support pula, mereka perlu dapatkan item yang akan menguatkan kuasa sembuh dan shield diberikan kepada rakan dalam pasukan.

Meera juga ada berkongsi cara-cara betul untuk bermain Wild Rift dan videonya boleh ditonton di atas.

Kesemua foto adalah milik Meera “NeverOne” Dros di Facebook.

RELATED NEWS

+