melaporkan kesemua pemain Mobile Legends mereka dilepaskan berikutan prestasi kurang memuaskan ketika MPL MY/SG Musim Kelima baru-baru ini. Namun, kini mereka kembali."> melaporkan kesemua pemain Mobile Legends mereka dilepaskan berikutan prestasi kurang memuaskan ketika MPL MY/SG Musim Kelima baru-baru ini. Namun, kini mereka kembali." /> melaporkan kesemua pemain Mobile Legends mereka dilepaskan berikutan prestasi kurang memuaskan ketika MPL MY/SG Musim Kelima baru-baru ini. Namun, kini mereka kembali." />

Todak: Eone, Ciku, Xray dan Moon kembali, Nenas dan Lychee keluar

Sebelum ini, Todak melaporkan kesemua pemain Mobile Legends mereka dilepaskan berikutan prestasi kurang memuaskan ketika MPL MY/SG Musim Kelima baru-baru ini. Namun, kini mereka kembali.

Dalam satu posting di Facebook Todak MLBB, pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi berkata, empat pemain, Moon, Ciku, Eone dan Xray kekal dalam roster manakala Nenas dan Lychee keluar.

Menurut Ashi, dia sudah berbincang bersama pihak pengurusan mengenai hal ehwal pasukan dan bercadang mengekalkan empat pemain ini. 

Kali ini, Ciku juga menjadi kapten bagi roster terbaru tersebut.

Namun, dalam posting tersebut tidak dinyatakan sebab utama Lychee dan Nenas meninggalkan pasukan itu. Ini bermakna Todak perlu mencari seorang lagi pemain utama dan seorang pemain simpanan.

Ashi juga berterima kasih kepada Nenas dan Lychee yang membantu pasukan itu ke tahap sekarang ini. Terdahulu, Todak meraih tempat ketiga di Kejohanan Dunia, M1 dan tempat kedua di MPL MY/SG Musim Keempat. Mereka juga banyak menjuarai pertandingan Mobile Legends tempatan.

RELATED NEWS

+