"> " /> " />

Todak League: RM30,000 hadiah terkumpul, format mingguan

Todak akan memperkenalkan sebuah pertandingan e-sukan mereka sendiri yang diberi nama Todak League. Pengenalan liga ini adalah selaras dengan inisiatif organisasi tersebut dalam mengembangkan dan memperkasakan lagi industri e-sukan di negara kita.

Fasa pertama liga ini akan memberikan fokus terhadap dua permainan video yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia pada ketika ini iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). “Pengenalan liga ini akan bermula dengan dua judul yang popular ini terlebih dahulu dan liga ini akan terus berkembang mungkin dengan pengenalan judul-judul permainan yang lain”, kata Radzi Ikuto Rahman yang merupakan pengurus perkembangan E-Sukan Todak.

Todak League akan membawakan format perlawanan yang menarik di mana pertandingan bagi judul MLBB akan dijalankan pada setiap minggu yang menawarkan hadiah terkumpul RM500 setiap minggu dan pemenang mingguan dapat melayakkan diri untuk bertanding di peringkat bulanan yang menawarkan jumlah hadiah terkumpul yang lebih besar.

Selain daripada itu, pemenang bulanan juga akan dijemput untuk bertanding di peringkat Grand Final di mana juara untuk setiap peringkat bulanan akan bertanding untuk takhta Todak Liga. Jumlah hadiah terkumpul untuk MLBB adalah sebanyak RM15 000.

Bagi PUBGM pula, sebanyak 460 pasukan berbeza akan bertanding pada setiap minggu bermula pada bulan April sehingga Jun. Johan mingguan akan mendapatkan slot untuk melayakkan diri ke Grand Final bagi merebut hadiah terkumpul sebanyak RM15 000.

Berita baik untuk yang berminat untuk mengikuti Todak League, pendaftaran adalah percuma! Todak menjangkakan pertandingan ini akan mendapat sambutan daripada banyak pihak memandangkan industri e-sukan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia. 

Jadi dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Todak berharap agar Todak Liga dapat menjadi salah satu platform yang dapat mencungkil bakat dan memberi pengiktirafan terhadap para pemain untuk bertanding di pentas yang lebih berprestij.

Untuk maklumat yang lebih lanjut,  anda boleh ikuti perkembangan dan pengunguman terkini mengenai Todak League di laman Facebook dan Instagram @todakofficial 

RELATED NEWS

+