Tom Clancy’s The Division 2 Diumumkan – Menggunakan Latar Tempat Washington DC

Tom Clancy’s The Division 2 nampaknya menjadi kenyataan dan ia menggunakan latar tempat baru iaitu di Washington DC, seperti diumumkan di Microsoft E3 2018 sebentar tadi.

Dalam kepanasan, enam bulan lepas penularan wabak, terdapat peperangan sivil yang mendatang. Kali ini, ejen Division akan melawan sesama mereka sendiri. Kalau korang tengok trailer di bawah, ia memfokuskan kepada jalan cerita dan tiada gameplay diperlihatkan.

Pastinya Microsoft tak ingin bercerita banyak dan menyerahkan tugas ini kepada Ubisoft. 

The Division 2 dibangunkan oleh Massive Entertainment, Red Storm dan Ubisoft Reflections. Ia dikatakan mempunyai kandungan lebih menarik, sokongan lebih padu daripada Ubisoft dan penambah baikan dari keluaran pertama yang kurang memberangsangkan.

RELATED NEWS

+