Tom Clancy’s The Division 2 Menjanjikan Kandungan Lebih Banyak & Padat – Akan Dilancarkan Pada 31 Mac 2019

E3 dah makin hampir. Tapi itu tak bermakna Ubisoft akan berdiam diri dari mengacah peminat mengenai game akan datang. Tom Clancy’s The Division 2 antara permainan tahun 2019 dan walaupun ditunda sedikit, tapi ia berbaloi.

Menurut jurucakap di Ubisoft, sekuel itu akan mempunyai kandungan lebih padat dengan gameplay experience yang lagi baik apabila dilancarkan. Bukan itu saja, Ubisoft juga menjanjikan akan terus memenuhi kehendak pemain. Ini mungkin dengan penambahan DLC lebih banyak dan ciri baru yang mungkin diperkenalkan.

 

Pegawai Kewangan di Ubisoft pula mengatakan judul pertama tak begitu memuaskan dan ada ruang untuk diperbaiki. Oleh itu, ia menjadi iktibar untuk mereka lakukan lebih baik bagi sekuel ini. Ubisoft juga confident mereka akan memuaskan hati peminat kali ini dan membuat kejutan kepada semua.

 

Pengarah Permainan, Mathias Karlson juga menambah “Kami akan memperbetulkan kembali apa yang tersilap dalam keluaran pertama dan semestinya ia mengambil masa dan dedikasi yang berterusan,” 

Buat masa ini, masih belum ada sebarang maklumat mengenai gameplay jika terdapat perubahan. Tapi apa yang pasti, The Division 2 bakal membuat kejutan kepada peminat untuk kembali bermain game ini.

Tom Clancy’s The Division 2 akan dilancarkan di Xbox One, PlayStation 4 dan PC pada 31 Mac 2019. Korang boleh menunggu gameplay reveal pada E3 ini apabila ditayangkan Ubisoft nanti. 

Team MyGameOn pasti akan berkongsi lanjut mengenai detail permainan ini bersama korang. Nantikan Jun ini!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+