Steam. Jika anda tebus sekarang, judul ini akan disimpan dalam akaun Steam anda selama-lamanya."> Steam. Jika anda tebus sekarang, judul ini akan disimpan dalam akaun Steam anda selama-lamanya." /> Steam. Jika anda tebus sekarang, judul ini akan disimpan dalam akaun Steam anda selama-lamanya." />

Tomb Raider Percuma Di Steam, Tebus Dan Miliki Selama-lamanya

Bermula dari hari ini sehingga 24 Mac 2020, permainan video Tomb Raider boleh ditebus secara percuma di Steam. Jika anda tebus sekarang, judul ini akan disimpan dalam akaun Steam anda selama-lamanya.

Dilancarkan pada tahun 2013 sebagai sebuah reboot untuk siri Tomb Raider, permainan video ini memperkenalkan latar belakang baharu bagi watak Lara Croft. Kali ini, dia lebih muda daripada Lara Croft sebelumnya dan tiada pengalaman menerokai lokasi-lokasi eksotik.

Permainan video Lara Croft and the Temple of Osiris juga termasuk dalam tawaran percuma ini. Tidak sama dengan Tomb Raider, judul ini masih menggunakan watak Lara Croft yang asal.

Pada waktu ini, Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19. Tawaran percuma Lara Croft adalah berita baik bagi mereka yang masih mencari permainan video untuk dimain pada waktu ini.

Assassin’s Creed Odyssey juga boleh dimain sepenuhnya secara percuma pada hujung minggu tetapi tawaran ini akan berakhir pada 22 Mac 2020. Selain itu, pelanggan PlayStation Plus (PS+) boleh memuat turun Monster Hunter World secara percuma.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+